Ni aku cilok dari blog member aku.. hahaha.. lawak giler!.. sila bace dan gelak bersama la ye.. haha.. dgn gamba2 sekali aku cilok..
~ Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi
Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.
~ Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
~ Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
~ Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
~ Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
~ Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
~ Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
~ Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
~ JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
~ Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
~ Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
~ Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
~ Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.
~ Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
~ Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
~ Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
~ Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.
Wakakakaak.. aku x leh stop gelak.. hahaha.. special thx to Dan
www.parkdarn.blogspot.com
Wakakakaak.. aku x leh stop gelak.. hahaha.. special thx to Dan
www.parkdarn.blogspot.com
No comments:
Post a Comment